Blogger Templates

Sunday, August 21, 2011

Jang Ja Yeon swear to revenge !

At 1st mmg seram jg bila baca kes bunuh2 diri ne . Lebih2 lagi bila sy dpt taw artis2 tu yg mmg sy pena tgk lakonan dan nyanyian dorg . Jang Ja yeon and Chae Dong Ha , yes Chae Dong Ha penyanyi dlm group SG Wannabe . dulu slalu tgk KBS World mmg popular la group ni . . mmg x sangka btl dorg bulih ikut jln mudah . . then dlm beberapa minggu ni sy layan drama Boys Over Flowers (lama sdh bli tp bru tgk skrg :D) . Sy mc ingt pelakon Jang Ja yeon yg pegang watak villain . Slalu buli heroin drama crita tu . . bila baca kes bunuh diri dia , mmg la sandih . Rupanya jalan seni bukan semudah yg disangka . . orang kuat seni yg bertanggung jawab atas kematian Jang Ja Yeon . Jang Ja yeon yang telah meninggalkan nota sebanyak beberapa muka surat menyatakan dia menjadi hamba seks kepada berapa orang kuat di dunia seni Korea . . Beliau telah dipaksa melakukannya dengan VIP , Org2 elit , pengarah , dan beberapa org lgi org kuat seni di Korea . . dalam 1 statement Jang Ja Yeon menyatakan kalau beliau diberikan baju baru untuk digayakan jg pun beliau terpaksa menjadi hamba . . ! OMG diz is so tragic . Dan yg pling tragis sekali beliau telah bersumpah akan membalas dendam terhadap sesiapa yg bertanggung jawab di atas kematiannya ! Creepy ..


BOF cast also attending the funeral :


Artis-Artis Muda Korea Yang Mati Kerana Membunuh Diri



Sekalipun cantik dan kacak, terkenal, dan kaya, kebahagian tak mudah diperoleh oleh sejumlah artis Korea ini. Mereka memilih mati muda dengan cara membunuh diri menggunakan tali gantung ataupun memotong nadi sendiri. Berikut ialah 8 artis Korea yang mati muda akibat bunuh diri.

JUNG DA BIN


Aktres dan penyanyi Jung Da Bin, mengakhiri hidupnya dengan tragis. Dia ditemui membunuh diri di apartemen kekasihnya di Seoul. Jun Da Bin membunuh diri dengan cara menggantungkan diri. Peristiwa itu terjadi pada 10 Februari 2007 lalu.

Tidak ada catatan yang ditinggalkan artis tersebut. Tetapi, menurut catatannya di blog peribadinya yang ditulis sebelum dia meninggal dunia, Jum Da Bin mengatakan dirinya sedang dilanda kemurungan dan tekanan.

Dan inilah catatan terakhir Jun Da Bin:

“Semuanya sangat lengkap. Saya marah tanpa alasan, dan merasa saya akan menjadi gila. Ini sangat menyakitkan. Saya berasa sakit. Kepala saya sangat sakit dan membuat saya menangis. Saya seperti budak. Saya berasa seperti kehilangan diri saya, kehilangan identiti. Dan pada masa yang sama saya mendapatkan teguran. Saya berasa tenang. Tuhan sangat mencintai saya. Tuhan telah membuat saya menjadi penting dan memberikan saya keberanian. Dia mengangkat saya dan berkata saya akan baik-baik saja. Dan saya baik-baik saja.”

LEE EUN JO

Aktres dan penyanyi Korea ini ditemui membunuh diri di apartemennya di Bundang, Korea Selatan pada 22 Februari 2005. Artis yang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 24 tahun ini membunuh diri setelah beberapa hari lulus dari Universiti Dankook.

Lee meninggal dengan cara memotong nadinya dan menggantungkan diri. Keluarganya menyalahkan penyebab kematian artis cantik ini kerana Lee Eun Joo sedang kemurungan dan mentalnya terganggu. Artis itu juga mengalami imsomnia gara-gara melakukan adegan panas dalam filem ‘The Scarlet Letter’.

Sebelum bunuh diri, Lee Eun Joo sempat menuliskan pesanan untuk ibunya. Dia menuliskan pesan itu dengan darahnya sendiri.

Ini pesan Lee Eun Joo untuk ibunya; “Mama, saya minta maaf dan saya mencintai kamu. Saya ingin melakukan banyak perkara. Meskipun saya hidup, tetapi saya tak merasa hidup. saya tak mahu dikecewakan lagi,” pesan Lee Eun Joo.

U-NEE

Januari 2007, dunia hiburan Korea kembali hangat dengan kehilangan artis kebanggaan mereka. U-Nee yang selama ini dikenali sebagai penyanyi dan aktres ditemui menggantung diri di rumahnya di Seo-Gu, Korea Selatan.

Ibu artis itu mengesahkani U-Nee menderita tekanan perasaan. Gara-gara itu, U-Nee melarikan diri dari rumah. Dia juga selama ini sangat menderita dengan populariti yang diraihnya serta masalah peribadi lainnya yang menimpa kehidupan artis tersebut.

WOO SEUNG YOON

Berita kematian artis Woo Seung Yoon sangat mengejutkan dunia hiburan Korea. Woo Seung Yoon ditemui membunuh diri pada ketika fenomena bunuh diri sedang hangat dibicarakan di Korea. Artis itu menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 24 tahun.

Dia ditemui pada pagi hari di rumahnya dengan keadaan yang mengerikan. Dia menggantung diri di atas almari rumahnya pada 27 April 2009. Penyebab bunuh diri artis cantik ini dipastikan kerana aktres dan penyanyi tersebut menderita tekanan yang berpanjangan.

Salah satu anggota keluarga mengatakan Woo Seung Yoon baru saja selesai menjalani pemulihan di hospital kerana tekanannya itu. Tetapi, dia tidak sanggup menghadapi kesedihan dan membuat keputusan yang sangat ekstrem.

JANG JA YEON

Kematian Jang Ja Yeon sangat menarik perhatian masyarakat Korea Selatan. Maklum saja, artis cantik ini adalah pendatang baru di dunia hiburan negeri Ginseng tersebut. Jang Ja Yeon ditemui mati bunuh diri di rumahnya.

Tewasnya Jang Ja Yeon itu menjadi pembicaraan bukan kerana kematiannya sahaja yang sangat menyayat hati. Dia juga membawa beberapa nama penting dalam bisnes hiburan negara tersebut yang bertanggung jawab di atas keputusannya mengakhiri hidupnya dengan jalan bunuh diri.

Jang Ja Yeon menulis alasannya membunuh diri kerana adanya eksploitasi dan juga gangguan seksual yang dialaminya selama berkarier di dunia hiburan negara tersebut.

Dalam 7 catatan yang dibuat artis yang berlakon dalam drama popular ‘Boys Before Flowers’ sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya, menceritakan betapa kejamnya dunia hiburan negara itu. Dia dipaksa menjadi budak seks untuk orang-orang kaya di sana demi melancarkan kariernya sebagai artis.

PARK YONG HA

Bintang drama popular Winter Sonata ini mengantung diri dengan kabel camcorder di rumahnya di Seoul pada 30 Jun 2010. Park, 32 tahun, membunuh diri kerana kecewa dan tekanan akibat penyakit kanser perut yang dialami ayahnya. Dia sangat menyayangi ayahnya dan merasa bersalah atas penyakit yang dideritai ayahnya. Park juga yang merawat ayahnya selama sakit, sehingga artis-penyanyi ini terpaksa berehat dari kariernya yang tengah bersinar.

SONG JI SEON

Song meninggal pada 23 Mei 2011, setelah terjun dari tingkat 19 apartemennya di Seoul. Peliknya, sebelum membunuh diri, artis ini sempat menulis di twitternya, agar polis bergegas ke tempat tinggalnya tetapi kemudian memadam tweet tersebut. Setelah disediliki, sebab Song membunuh diri adalah kerana cinta. Dia mengaku mempunyai skandal asmara dengan pemain besbol profesional, Im Taehoon (23). Namun Im meninggalkannya dan Song kecewa.

CHAE DONG HA

Ini kes paling mutakhir, Chae Dong Ha ditemui menggantung diri di kediamannya pada 27 Mei 2011. Bekas ahli SG Wannabe ini dikhabarkan bunuh diri kerana tekanan akibat mantan pengurusnya meninggal dunia 2 tahun lalu akibat menghidu gas di sebuah bilik hotel.

Chae Dong Ha telah menulis pesanan kepada pengurusnya, yang berbunyi,

“Ini adalah saat yang lebih menarik daripada ciuman pertamaku. Pengurus pertamaku. Temanku, dan saudaraku. Pada saat aku bertemu orang itu, aku telah menerima isi seluruh dunia. Pada 9 Jun 2009, dia tidak lagi di sisiku. Separuh hatiku masih hilang. ‘Hyung, Anda harus bahagia, okey? Janji padaku bahawa hyung akan bahagia …”  

Sumber : malay.uptomu.net

Sunday, August 14, 2011

Selena Gomez, Taylor Swift and Justin Bieber Win Big at Teen Choice Awards


The Teen Choice Award 2011 happening on 7 August 2011 and the trio teen idol win big !

Selena Gomez Award
1)       Choice TV Actress (for Wizards of Waverly Place)
2)       Choice Female Hottie
3)       With her band, the Scene, Gomez also picked up the Choice Music: Group
4)       Choice Music: Single (for "Who Says") and
5)       Choice Music: Love Song (for "Love You Like a Love Song") plaudits

Taylor Swift Award
1)       Choice Music: Female Artist
2)       Choice Music: Female Country Artist
3)       Choice Red Carpet Fashion Icon: Female, in addition to picking up awards for
4)       Choice Music: Country Single ("Mean") and
5)       Choice Break-Up Song ("Back to December")

Justin Bieber Award
1)       Choice Music: Male Artist
2)       Choice Male Hottie
3)       Choice Twit
4)       Choice TV: Villain for his guest stint on CSI


stunning dress


Disney's BFF . Kick out for Miley . Haha .

Demi Lovato is my teen choice . Im happy she grab 2 awards ; choice summer song and choice inspiring . Go go DEMI ~~ !


Sunday, August 7, 2011

Just yesterday ~

This is wat i ate for buka puasa :

pizza + bandung (ONLY?)

webcamming wif diz SINTING boy :


the two chef also haha :


And diz..the most winner all da time haha i cant stop lol-ing :


We're doing good. Haha. I shud be offday yesterday go 1B to meet a friend of mine and i think diz was provocation; messing up at the restaurant XD

PROVOCATION


Friday, August 5, 2011

Da 1st thing comes out

It's about 11.16PM and da 1st thing poop on my head rite now is Peggy Leonie ohhh and coincidentally Alvinah Jingkin text me juz now! She text me bout her resign. she can't stand there at her current workplace juz because of pilaks. Euww i noe diz gonna happen. Its ok nanak soon u'll get better job for sure u will, chill okay ;) diz 2 name i mentioned is my friends and da pigurt one im still counting on my lense from her! My blue lense is become thick which means i'll no longer use it n now i desperately need a new upgrade lense!

Can't wait to put diz onto my round but small sepet eyes lol :


It cost only RM25 including postage. Yes diz is online order introduce by my agent; pigurt de nuel, haha more cheaper and HQ is da same wif da expensive 1 rite. Say no to RM30 above! At least da quality is the same! Hell yeah, diz is me da cerewet gurl when it comes to price. Nahh look at it i think it's much better than the other lenses dat i bought myself yeahh im saying bout the design. Cant wait 2 wear oh~~ PEGGY LEONIE tomorrow we meet !
                                                     
                 

The Story Begin



Hey bloggie! im new here~
hoping get more knowledge sharing info with others.
i love 2 read others blog dats makes me feel refresh about current information and also fact.
it's not just 2 read bout their personal life~
here i juz wanna write wat juz poop on my mind , anything~
share wif others and for sure upgrade da writing skill of mine
 im not very expert in writing language and probably will use 'rojak' english + malay
it suit my random blog diz, not typical juz random ~ 


the story begin! :)